Saturday 4 June 2011

Lubang-Lubang Terbesar Di Bumi

1. Kawah Gas Asli Derweze, Derweze, Turkmenistan

Derweze (bahasa Turkmen: Pintu, juga dikenali sebagai Darvaza) merupakan sebuah kampung di Turkmenistan dengan penduduk seramai 350 orang. Ia terletak di tengah-tengah padang pasir Kara-Kum, kira-kira 260 km ke utara Ashgabat. Kebanyakan penduduk Darvaza adalah puak Teke, Turkmen yang masih mengamalkan cara hidup separuh nomad.

"Pintu ke Neraka"

Bawah tanah Derweze adalah kaya dengan gas asli. Pada tahun 1971, semasa satu carigali, para geologi secara tidak sengaja terjumpa gua bawah tanah yang dipenuhi dengan gas asli. Tempat di mana pelantar gerudi ditempatkan telah runtuh, dan meninggalkan sebuah lubang dengan diameter sebesar kira-kira 50-100 meter. Bagi mengelakkan gas-gas beracun keluar daripada lubang ini, keputusan telah dibuat bagi membakar gas-gas tersebut. Setakat tahun 2009, gas-gas di dalam gua bawah tanah ini masih terbakar tanpa gangguan. Penduduk tempatan telah menamakan gua ini sebagai Pintu ke Neraka.

[sumber: Wikipedia]


2. Big Hole, South Africa

Didakwa sebagai lubang terbesar yang digali menggunakan tangan sahaja. Sejak pertengahan julai 1971 sehingga tahun 1914, 50 000 pelombong telah menggali lubang Big Hole ini menggunakan beliung dan penyodok, menghasilkan 2 720 kilogram berlian. Permukaan Big Hole mempunyai keluasan sebesar 17 hektar (42 ekar) dan 463 meter lebar. Kedalamannya ialah 240 meter tetapi berkurangan kepada 215 meter kerana terisi oleh debu-debu. Big Hole juga telah menakung air setinggi 40 meter dan menyebabkan kedalamannya yang boleh dilihat berkurang kepada 175 meter.


3. Empangan Monticello, California

Dibina sekitar tahun 1953 dan 1957 dengan ketinggian 93 meter dan 312 panjang menggunakan 249 000 meter padu konkrit. Empangan ini menakung 59 700 dekameter padu air yang digunakan untuk mengairi kawasan pertanian di kawasan sekelilingnya.


4. Lombong Bingham Canyon

Lombong yang juga dikenali dengan nama Lombong Kuprum Kennecott ini terletak di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat. Lombong ini telah mula beroperasi sejak tahun 1906. Kini, aktiviti perlombongan tersebut telah menyebabkan lombong ini mempunyai kedalaman 1.2 kilometer, 4 kilometer lebar dan seluas 7.7 kilometer persegi!


5. Great Blue Hole, Belize

Merupakan salah satu lubang benam (sinkhole) yang terbesar di dunia. Lubang ini berbentuk bulat, melebihi 300 meter diameter dan 124 meter dalam. Great Blue Hole amat terkenal dalam kalangan penyelam skuba kerana airnya yang jernih dan kepelbagaian spesies hidupan.


0 komen:

Post a Comment

 
;