- Nyamuk sudahpun wujud sejak 100 juta tahun lalu.
- Kira-kira 3,000 spesis nyamuk dikenalpasti dan mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan persekitan dengan cepat. Diketahui hidup banyak di kawasan tropika dan juga Artik.
- Dari telur ke nyamuk dewasa hanya mengambil masa 4 hingga 7 hari dan bergantung kepada suhu.
- Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari, tapi nyamuk jantan hanyalah 10 hingga 20 hari saja. Nyamuk betina bertelur sebanyak 100 hingga 300 biji pada satu-satu masa dan sebanyak 1,000 hingga 3,000 biji sepanjang hayatnya.
- Kibasan sayap nyamuk ialah 300 hingga 600 kali sesaat.
- Nyamuk jantan mampu mengesan kahadiran nyamuk betina dengan hanya bunyi kibasan sayapnya.
- Nyamuk juga boleh kenal nyamuk spesis lain dengan hanya berdasarkan bentuk tompok di sayap.
- Apa makanan nyamuk? Nyamuk makan pelbagai cairan (termasuk darah) dan mineral dari buah-buahan, tumbuhan serta dari sampah sarap dan air bertakung.
- Nyamuk mampu terbang sejauh 1.5 kilometer dari habitatnya tapi ada spesis yang mampu terbang sejauh 30 kilometer.
- Bagaimana nyamuk mencari mangsa? Nyamuk mempunyai penglihatan infrared iaitu kebolehan mengesan haba dan juga melalui hembusan gas karbon dioksida. Kita membebaskan haba dan melepaskan karbon dioksida bila bernafas.
- Spesis nyamuk yang paling ganas agresif ialah nyamuk yang hidup di kawasan Artik di Kanada. Satu kajian di mana para pengkaji sengaja mendedahkan kaki, tangan dan badan mereka untuk santapan nyamuk. Keputusannya, 9,000 gigitan dalam masa seminit. Kalau dibiarkan, darah kita akan kering dalam masa 2 jam.
- Nyamuk betina saja yang suka menggigit kita. Darah sumber protein untuk mereka hasilkan telur. Nyamuk jantan hanya menghisap cairan tumbuh-tumbuhan.
- Nyamuk memang terkenal menyebabkan penyakit demam malaria, denggi, JE dan sebagainya. Nyamuk juga membawa penyakit kepada haiwan seperti penyakit kecacingan pada lembu dan kuda.
- Dilabel sebagai ‘makhluk pembunuh’ sebab penyakit demam malaria sudahpun hampir membunuh setengah dari populasi manusia sejak zaman paleolitik.
- Asal usul nyamuk aedes adalah dari Timur Asia. Mereka sampai ke sana melalui tayar-tayar buruk yang diimport.
Huh... dah berhabuk dah blog ni... Agak lama tak dikemaskini... Kali ini, saya akan membawakan satu artikel tentang fakta-fakta menarik berkaitan nyamuk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment