Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts
Tuesday, 22 May 2012 0 komen

Hotel Unik #6 - Boeing 747 Aiplane Hotel

Apa yang anda boleh lakukan dengan Boeing 727 yang lama? Anda boleh menghantar ke tempat buangan atau anda boleh membina semula, membaik pulih dan mengubahnya menjadi sebuah hotel, seperti Costa Verde Hotel di Costa Rica.


Pesawat Boeing 727 model 1965 ini telah menghabiskan beberapa dekad sebagai sebahagian daripada pesawat Afrika Selatan Airways, dan kemudian Avianca Columbia Airlines. Apabila tiba masa untuk pesawat untuk dihentikan penggunaannya, satu kumpulan pelabur membelinya dan membawa pesawat ini ke San Jose. Di sana, pesawat ini dibahagikan kepada lima bahagian supaya lori boleh mengangkutnya 150 kilometer (90 batu) ke lokasinya sekarang iaitu di atas Costa Verde Hotel.

Pesawat itu bertukar menjadi hotel, bertenggek di atas pokok menawarkan pemandangan yang luar biasa untuk pelawat. Di luar pesawat, terdapat dek kayu di atas setiap sayap dengan perabot jati ukiran tangan. Dari berandar, pelawat boleh melihat toucan, monyet, rama-rama dan sloth.

1 komen

Pemakanan: Bijaknya Yahudi Menipu Kita

Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam. Mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad S.A.W.

Mengapa kita tidak ikut Nabi kita, kita ikut orang Yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yang Nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah S.A.W.:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam, tetapi sebenarnya Nabi Muhammad S.A.W. kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman haiwan tersebut. Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi kita?

Monday, 30 January 2012 0 komen

Durian Belanda

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Friday, 16 December 2011 0 komen

Quantum Levitation

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi satu video tentang fenomena kesuperkonduksian yang dikaji oleh pelajar-pelajar di universiti di Tel Aviv. Video ini menunjukkan salah satu ciri superkonduktor iaitu levitasi kuantum yang sangat menarik. Anda boleh mengetahui hukum fizik di sebalik fenomena ini di laman web ini: http://www.quantumlevitation.com/levitation/The_physics.html/


Tidak dapat memainkan video di atas? Sila pasang pemain Adobe Flash terbaru. Jika anda mahu menggunakan pemain HTML5, klik di sini, kemudian klik "Join the HTML5 trial".

Tuesday, 6 September 2011 0 komen

Fakta Menarik Tentang Nyamuk

Huh... dah berhabuk dah blog ni... Agak lama tak dikemaskini... Kali ini, saya akan membawakan satu artikel tentang fakta-fakta menarik berkaitan nyamuk.

Saturday, 4 June 2011 0 komen

Lubang-Lubang Terbesar Di Bumi

1. Kawah Gas Asli Derweze, Derweze, Turkmenistan

Derweze (bahasa Turkmen: Pintu, juga dikenali sebagai Darvaza) merupakan sebuah kampung di Turkmenistan dengan penduduk seramai 350 orang. Ia terletak di tengah-tengah padang pasir Kara-Kum, kira-kira 260 km ke utara Ashgabat. Kebanyakan penduduk Darvaza adalah puak Teke, Turkmen yang masih mengamalkan cara hidup separuh nomad.

"Pintu ke Neraka"

Bawah tanah Derweze adalah kaya dengan gas asli. Pada tahun 1971, semasa satu carigali, para geologi secara tidak sengaja terjumpa gua bawah tanah yang dipenuhi dengan gas asli. Tempat di mana pelantar gerudi ditempatkan telah runtuh, dan meninggalkan sebuah lubang dengan diameter sebesar kira-kira 50-100 meter. Bagi mengelakkan gas-gas beracun keluar daripada lubang ini, keputusan telah dibuat bagi membakar gas-gas tersebut. Setakat tahun 2009, gas-gas di dalam gua bawah tanah ini masih terbakar tanpa gangguan. Penduduk tempatan telah menamakan gua ini sebagai Pintu ke Neraka.

[sumber: Wikipedia]

Wednesday, 1 June 2011 0 komen

Rumah-Rumah Terpelik Di Bumi

Sudah 21 hari blog ini tidak dikemaskini... Baiklah, kali ini saya telah terjumpa satu koleksi gambar rumah-rumah yang agak pelik dan unik.

1. Rumah Alat Musik Intrumental


2. Rumah Kasut - terdapat pelbagai variasi yang saya jumpa

Wednesday, 11 May 2011 0 komen

Rumah Terbang 'Up'

Pernahkah anda menonton cerita 'Up'? Kebanyakan benda yang ditayangkan melalui filem animasi adalah mustahil untuk kita bina. Tetapi berlainan dengan rumah terbang yang menggunakan belon-belon berisi gas helium seperti yang ditayangkan dalam filem 'Up'. Pihak National Geographic telah berjaya membinanya dengan menggunakan beratus-ratus belon cuaca setinggi 8 kaki untuk menerbangkan rumah batu yang mempunyai berat 2,000 paun itu.


Tuesday, 10 May 2011 0 komen

Tasik - Tasik Tercantik Di Dunia - Bahagian 1

Baiklah artikel kali ini akan memaparkan tentang 10 tasik yang dikategorikan antara tasik yang tercantik di dunia.

Tasik Plitvice, Croatia

Tasik ini terletak di sebuah taman negara di Croatia yang diberi nama Taman Negara Tasik Plitvice (orang Croatia memanggilnya Plitvička jezera). Dikelilingi oleh 3 buah gunung iaitu Plješevica (juga dikenali sebagai Gornja Plješevica berketinggian 1 640 m), Mala Kapela (1 280 m) dan Medveđak (884 m).

Tasik Plitvice ini terbahagi kepada 2 iaitu 12 tasik atas (Gornja jezera) dan 4 tasik bawah (Donja jezera)

Tasik
Altitud (m)
Luas (hektar)
Dalam (m)
Kumpulan
Prošćansko jezero
636
68.0
37
Gornja jezera
Ciginovac
625
7.5
11
Gornja jezera
Okrugljak
613
4.1
15
Gornja jezera
Batinovac
610
1.5
6
Gornja jezera
Veliko jezero
607
1.5
8
Gornja jezera
Malo jezero
605
2.0
10
Gornja jezera
Vir
599
0.6
5
Gornja jezera
Galovac
585
12.5
25
Gornja jezera
Milinovo jezero
576
1.0
1
Gornja jezera
Gradinsko jezero
553
8.1
10
Gornja jezera
Buk
545
0.1
2
Gornja jezera
Kozjak
535
81.5
47
Gornja jezera
Milanovac
523
3.2
19
Donja jezera
Gavanovac
519
1.0
10
Donja jezera
Kaluđerovac
505
2.1
13
Donja jezera
Novakovića brod
503
0.4
5
Donja jezera
Tasik-tasik di Plitvice
217.0
Monday, 9 May 2011 0 komen

Website Kreatif - Bahagian 5

DoodleBuzz



Anda boleh membaca berita-berita terkini daripada pelbagai sumber melalui website ini tetapi bukan melalui cara yang biasa.


0 komen

Website Kreatif - Bahagian 4

Bank of Imagination


Anda bebas untuk berkongsi imaginasi anda dengan orang lain melalui website ini. Website ini masih dalam peringkat beta (percubaan).


0 komen

Website Kreatif - Bahagian 3

2Advanced Studios


Website ini merupakan sebuah portfolio sebuah syarikat...


0 komen

Website Kreatif - Bahagian 2

Games for The Brain



Design website ini mungkin agak ringkas tetapi permainan-permainan yang disediakan sangat interaktif dan menguji minda....


Sunday, 8 May 2011 0 komen

Website Kreatif - Bahagian 1

Labuat



Friday, 6 May 2011 0 komen

Hotel-Hotel Unik Di Dunia - Bahagian 5

LES ROULOTTES DE LA SERVE, PROVENCE, FRANCE

0 komen

Hotel-Hotel Unik Di Dunia - Bahagian 4

HOTEL UTTER INN, VASTERAS, SWEDEN

Apa yang begitu aneh tentang hotel kecil di Sweden ini? Sekali imbas, hotel satu bilik ini kelihatannya seperti sebuah rumah merah di tengah tasik. Apa yang anehnya ialah bilik penginapannya bukan berada di dalam rumah tersebut tetapi 10 meter di bawah tasik. Hotel ini hanya mempunyai satu bilik tunggal dan mempunyai dua katil kembar dengan tetingkap panorama di semua sisi.

0 komen

Hotel-Hotel Unik Di Dunia - Bahagian 3

PALACIO DE SAL, BOLIVIA

Hotel ini merupakan hotel yang pertama di dunia yang sepenuhnya diperbuat daripada garam. Kerusi, meja, katil dan sebahagiannya yang lain juga diperbuat garam. Hotel ini telah dianugerahkan sebagai salah satu hotel yang luar biasa dan unik.

0 komen

Hotel-Hotel Unik Di Dunia - Bahagian 2

JUMBO STAY, STOCKHOLM, SWEDEN

Pengalaman sebenar menaiki kapal terbang. Hotel ini merupakan sebuah kapal terbang model Boeing 747-212B. Kesemua 450 tempat duduk telah dibawa keluar dari kapal terbang ini dan kemudiannya diubah suai sehingga mampu memuatkan 27 bilik.

0 komen

Hotel-Hotel Unik Di Dunia - Bahagian 1

HOTEL KAKSLAUTTANEN, FINLAND

Terdapat 40 kabin yang diperbuat daripada kayu kelo iaitu sejenis pokok pain yang jarang dijumpai. 5 daripadanya merupakan “Queen Suite”, 1 daripadanya merupakan “Honeymoon Turf Chamber” dan 1 yang lainnya merupakan rumah kayu tradisional petani Lappish.

Kabin Kayu

Setiap kabin dilengkapi dengan tempat pendiangan api, bilik air, tandas, dapur kecil, sauna dan sebahagiannya dilengkapi dengan kerusi berayun tradisional Finland. Setiap satu kabin terletak dalam jarak yang agak jauh supaya setiap satunya mempunyai kawasan kebun yang tersendiri.


 
;