Showing posts with label Notis. Show all posts
Showing posts with label Notis. Show all posts
Wednesday, 11 May 2011 0 komen

Notis

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh kepada para pembaca blog ini. Untuk pengetahuan anda semua, mulai saat ini, saya akan menggunakan sedikit elemen HTML5 dalam blog saya ini terutamanya tag 'video'. Oleh itu, diharap kepada anda semua agar mengemaskini pelayar web anda kepada versi yang paling terkini.

Untuk tag 'video', saya akan menggunakan format WEBM. Saya memilih format ini kerana ia merupakan salah satu format sumber terbuka untuk video. Format ini juga disokong oleh kebanyakan pelayar web popular.

Sila rujuk jadual di bawah untuk mengenalpasti keserasian pelayar web anda dengan format video WEBM HTML5:

Pelayar Web Versi
Windows Internet Explorer 9.0 (Perlu dipasang secara manual dari laman web ini)
Mozilla Firefox 4.0
Google Chrome 6.0
Chromium r47759
Opera 10.60
Safari Masih tidak menyokong format WEBM

Tuesday, 10 May 2011 0 komen

Pemberitahuan

Agak sudah lama artikel-artikel baru saya tidak keluarkan di blog ini. Mulai hari ini blog saya ini akan dikemaskinikan secara berperingkat. Para pembaca juga boleh lihat bahawa reka bentuk blog saya juga berubah sedikit.

Selepas ini, saya akan masukkan satu fungsi baru ke dalam blog ini iaitu Lightbox API. Pengubahsuaian ini melibatkan pengeditan semula keseluruhan kandungan blog ini. Mungkin akan mengambil masa sehingga seminggu atau lebih.

Selepas fungsi ini selesai dipasang, anda akan dapati semua gambar dalam artikel-artikel terdahulu akan dikecilkan saiznya. Anda hanya perlu klik pada gambar-gambar tersebut untuk melihatnya pada saiz yang lebih besar dan jelas (800 × 600) secara terus dalam bentuk album flip.
 
;