Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts
Thursday, 31 May 2012 0 komen

Jangan Bersandar Kepada Amal Taat

Sudut renungan kali ini diambil daripada status-status facebook pakcik saya, Ustaz Abdul Karim bin Sidek. Amat rugi sekiranya saya tidak berkongsi status-statusnya yang sangat berguna ini kepada anda semua.

"Antara tanda bersandar kepada amal taat ialah berkurangnya pengharapan terhadap ALLAH apabila terjerumus dalam kesalahan dan dosa."
Ibn Atho'illah As-Sakandary

Maksud bersandar kepada Amal ialah:
Seorang yang beramal dengan sangkaan bahawa amal taat yang dikerjakan itulah yang akan melayakkannya memasuki syurga ALLAH S.W.T..
Beramal, tetapi kerana mengharapkan ganjaran pahala semata-mata, tidak menjadikan keredhaan dan keampunan ALLAH swt sebagai tujuan utama.

Sebagai contoh, dengarkan kata-kata ini:
"Bukankah aku dah solat, dah puasa, haji dan macam-macam perintah ALLAH aku kerjakan, takkan aku tak Islam lagi?, takkan tak layak lagi ke syurga!"

Tuesday, 22 May 2012 1 komen

Teguran Rasulullah S.A.W. Kepada Sahabat Yang Ketawa

Suatu ketika Rasulullah S.A.W. dalam perjalanan untuk menunaikan solat, lalu baginda S.A.W. ternampak satu kumpulan orang yang sedang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi.

"Sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadaan yang saya lihat ini. Oleh itu, perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu hari pun berlalu tanpa kubur berkata, "Aku ialah rumah kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan rumah ulat-ulat"

Apabila seseorang mukmin dimasukkan ke dalam kubur maka kubur akan berkata:

"Kedatanganmu dialu-alukan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Dalam kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi, engkaulah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku"

Selepas itu kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian dari syurga secara berterusan.

Sunday, 20 May 2012 0 komen

Kesihatan Dalam Sunnah - Jangan Duduk Di Antara Pancaran Matahari dan Bayang

Daripada Abu Iyyad daripada lelaki dari kalangan sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W., sesungguhnya Rasulullah S.A.W. melarang duduk di antara pancaran cahaya matahari dan naungan (bayang dan sebagainya) dan bersabda:

"(Itu) adalah tempat duduk syaitan."

(Diriwayatkan oleh Ahmad dengan Isnad yang baik dan Al-Bazzar dari Hadis Jabir dan Ibnu Majah dari Hadis Buraidah sepertimana yang dinukilkan di dalam at-Targhib oleh al-Mundziri)


Keterangan di ambil dari Ustaz Faiez Lee:

Memang telah dilarang untuk duduk di antara tempat teduh dan tempat yang terkena sinar matahari, kerana itu merupakan tempat duduk syaitan. Hal ini dengan terang dijelaskan oleh Imam Ahmad dan Imam Ishaq sebagaimana yang tercantum dalam kitab Masaa'il al-Marwazi halaman 223.

Duduk di antara tempat teduh dan tempat yang terkena sinar matahari berbahaya untuk kesihatan. Ibnu Qayyim al-Jauziyah dalam kitab Zaadul Ma'aad (IV/242) berkata:

"Tidur di bawah sinar matahari dapat mengakibatkan sakit panas dan tidur di antara tempat teduh dan tempat yang terkena sinar matahari dapat menimbulkan penyakit."
Monday, 30 January 2012 0 komen

Si Alim vs. Si Abid

Satu kisah menarik yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca sekalian. Kisah ini saya nukilkan daripada apa yang disampaikan oleh Syaikhuna al-Allamah al-Hafidz Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Ba’ith al-Kittani al-Syafie hafizahullah ketika beliau menyampaikan ceramah di Dewan Besar Yayasan Khairiah , Kupang Baling Kedah. Kebetulan pada waktu itu, saya disuruh oleh Syaikhuna Muhammad Ibrahim hafizahullah untuk menterjemahkan ucapan beliau di dalam Bahasa Melayu agar mudah difahami oleh para pendengar.

Syaikhuna memilih untuk membicarakan tentang kelebihan ilmu dan amal bagi penuntut ilmu. Maka beliau menceritakan sebuah cerita yang menarik perhatian semua pendengar pada petang tersebut.

Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang raja yang sangat bijak. Raja tersebut ingin mengajarkan kepada rakyat jelata suatu perkara yang sangat penting. Mungkin pada waktu itu masyarakat tidak dapat membezakan mana satu golongan alim dan mana satu golongan abid (yang hanya beribadah tanpa ilmu).

Maka raja memanggil seorang alim dan seorang abid yang tiada ilmu bagi membuktikan bahawa antara kedua-dua golongan ini pasti terdapat perbezaan yang jelas.

Raja menyuruh kedua-dua orang ini masuk ke dalam bilik yang berbeza. Setiap bilik diletakkan perkara yang sama iaitu diletakkan sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita. Sang Raja juga mengarahkan kepada kedua-dua orang tersebut untuk melaksanakan salah satu daripada tiga perkara iaitu sama ada meminum arak, atau berzina dengan wanita tersebut atau mengambil pisau yang disediakan lalu membunuh wanita tersebut bagi mengelakkan daripada melakukan dosa zina.

Apabila dimasukkan Si Alim dan Si Abid di dalam bilik masing-masing yang sudah tersedia di dalamnya ketiga-tiga perkara tersebut. Maka kedua-duanya sebaik sahaja berhadapan dengan ketiga-tiga perkara yang diarahkan oleh Sang Raja melaksanakan salah satu daripadanya, masing-masing punya pemikiran dan cara penyelesaian yang berbeza.

Bagaimana Si Alim dan Si Abid ini menyelesaikannya? Saya akan ceritakan satu persatu mengikut turutan. Kita lihat dahulu apa yang difikirkan oleh Sang Abid dan bagaimana dia menyelesaikan masalah tersebut.

Sunday, 29 January 2012 0 komen

Kisah Benar - Azab Anak Derhaka Hadapi Sakaratul Maut

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.

"Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni," kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai.

Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.

"Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz, doktor pun tak tau."

Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan dan menyedihkan.

"Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya." Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya?

0 komen

Kalau Betul Allah Baik, Kenapa Cipta Neraka?

Ini kisah benar... Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tetapi cetek pengetahuan tentang agama.

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.

Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun didenda.

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan."
Thursday, 22 December 2011 1 komen

Kerana Lelaki, Gadis Ini Pilih Untuk Lukakan Hati Ibu...

okey, kite start dari hari pertama aku mula kapel ngan someone.mula je aku kapel bermulalah detik-detik aku dengan dosa. dosa pada Allah itu dah tentulah. lepas tu tambah pulak dosa ngan mak ayah. Ya Allah, xde aku kat dunia ni lagi bagos kot dari nyusahkan mak ayah. nak xnak mak abah kenalah terima saya sebagai anak. sehari demi sehari saya makin asyik dengan cinta mak, saya sanggup pentingkan perasaan dia dari mak. mak banyak terasa hati tapi mak diam je. mak x nangis sebab tabah.

tapi jauh dari sudut hati saya tahu mak sedih. sya mintak maaf mak. saya pernah cite story ni kat kawan saya. saya x sangka tibe-tibe saya nangis. dan xleh tahan kawan yang mendengar pun turut menangis. dia cakap dia cepat tersentuh. tapi kalau korang dengar cite ni nak yer korang bunuh aku hidup2. camni cite nyer.

aku datang untuk daftar kat salah sebuah universiti di tanah awal 2 hari. kami tidur umah pakcik dulu. esoknyer mak cakap nak p melaka. aku seronok lah sebab nanti aku leh jumpa si dia. mak janji nak pegi kolej dia. aku bersemangat giler2 sebab aku ade belikan dia beg. aku nak kasi kat dia la. ok fine, kami pegi melaka. perjalanan nak p melaka jauh gak coz kitorang banyak sesat.

kami pusing-pusing area melaka tu cari kolej dia. dah pusing-pusing still x jumpa. pastu mak cakap, suhla dia datang bandar,jumpa kat sana. tengok, mak dah cuba yang terbaik untuk aku jumpa si dia tapi aku x sedar pun. aku cakap lah ngan dia suh p bandar jumpe kat sane je senang. dia lak cakap x dapatlah sebab ade kelas xleh kuar suka-suka hati. ok fine. aku pun cakap kat mak n then aku paksa abah cari jugak sampai dapat.

Tuesday, 20 December 2011 0 komen

Menjaga Solat ATAU Melengahkan Solat: PILIHAN ANDA?

Sabda Rasulullah S.A.W., jangan melambat-lambatkan dalam TIGA perkara, iaitu:

1. Solat, apabila telah masuk waktunya.
2. Pengebumian mayat, apabila jenazah sudah disiapkan.
3. Mengahwinkan seorang wanita, apabila jodoh yang sesuai sudah didapati.

Disini, fokus pada point pertama, mengenai SOLAT. Apakah maksud solat sebenarnya? Solat bermakna segala amalan, tindakan, tertib yang kita lakukan dalam solat, kita keluarkan dalam solat. Bagaimana? Dalam solat kita jaga pandangan, kita membaca Al-Quran, kita menyebut nama Allah dan sebagainya, begitu juga perkara yang sama perlu dilakukan apabila kita tidak bersolat dan sebenar-benar solat adalah solat yang dapat menghindarkan kita dari keburukan.
Monday, 19 December 2011 0 komen

Ayah, Adakah Manusia Tidak Masuk Neraka Bila Hari Hujan?

Pada setiap petang jumaat, selepas solat jumaat, selepas melayani para jamaah di masjid, imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang jumaat itu, seperti biasa imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah.

Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”.

Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”.
 
;