Tuesday 22 May 2012

Hotel Unik #6 - Boeing 747 Aiplane Hotel

Apa yang anda boleh lakukan dengan Boeing 727 yang lama? Anda boleh menghantar ke tempat buangan atau anda boleh membina semula, membaik pulih dan mengubahnya menjadi sebuah hotel, seperti Costa Verde Hotel di Costa Rica.


Pesawat Boeing 727 model 1965 ini telah menghabiskan beberapa dekad sebagai sebahagian daripada pesawat Afrika Selatan Airways, dan kemudian Avianca Columbia Airlines. Apabila tiba masa untuk pesawat untuk dihentikan penggunaannya, satu kumpulan pelabur membelinya dan membawa pesawat ini ke San Jose. Di sana, pesawat ini dibahagikan kepada lima bahagian supaya lori boleh mengangkutnya 150 kilometer (90 batu) ke lokasinya sekarang iaitu di atas Costa Verde Hotel.

Pesawat itu bertukar menjadi hotel, bertenggek di atas pokok menawarkan pemandangan yang luar biasa untuk pelawat. Di luar pesawat, terdapat dek kayu di atas setiap sayap dengan perabot jati ukiran tangan. Dari berandar, pelawat boleh melihat toucan, monyet, rama-rama dan sloth.


Hampir seluruh pesawat telah diubahsuai berdindingkan sumber kayu tempatan. Jika tidak kerana kelengkungan dinding dan bentuk-bentuk tingkap, anda tidak akan tahu anda berada di dalam kapal terbang. Seluruh pesawat disewakan sebagai suite termasuk serambi dapur kecil, kawasan berehat dengan TV skrin rata dan 2 bilik tidur berhawa dingin en-suite. Kadar bagi bilik 727 adalah $300/malam dan boleh mencecah $350/malam jika permintaan tinggi.









0 komen:

Post a Comment

 
;