Tuesday 22 May 2012

Pemakanan: Bijaknya Yahudi Menipu Kita

Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam. Mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad S.A.W.

Mengapa kita tidak ikut Nabi kita, kita ikut orang Yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yang Nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah S.A.W.:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam, tetapi sebenarnya Nabi Muhammad S.A.W. kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman haiwan tersebut. Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi kita?


Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. Makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam kerana percaya buku sains keluaran kafir ini.

Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhammad S.A.W. kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Professor Yahudi di UK semua ada segelas kopi di tangan mereka.

Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya Coke dan Maggi . Coke tu sangatlah beracun dan sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Orang Islam kita juga yang ketagih minum.

Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG (Monosodium Glutamate atau selalu disebut Ajinomoto) dan kolesterolnya dan paling banyak lemak trans tepu.

Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni juga mengewar-warkan kebaikan minum soya (USA merupakan pengeluar soya terbesar). Walau bagaimanapun, sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu, soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang kerana dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. Di samping itu, soya mempunyai phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Kredit: Blog Tok Wan

1 komen:

Post a Comment

 
;