Friday 6 May 2011

Hotel-Hotel Unik Di Dunia - Bahagian 1

HOTEL KAKSLAUTTANEN, FINLAND

Terdapat 40 kabin yang diperbuat daripada kayu kelo iaitu sejenis pokok pain yang jarang dijumpai. 5 daripadanya merupakan “Queen Suite”, 1 daripadanya merupakan “Honeymoon Turf Chamber” dan 1 yang lainnya merupakan rumah kayu tradisional petani Lappish.

Kabin Kayu

Setiap kabin dilengkapi dengan tempat pendiangan api, bilik air, tandas, dapur kecil, sauna dan sebahagiannya dilengkapi dengan kerusi berayun tradisional Finland. Setiap satu kabin terletak dalam jarak yang agak jauh supaya setiap satunya mempunyai kawasan kebun yang tersendiri.



Queen Suite

Luas and moden dengan sentuhan ekslusif. “Queen Suite” mempunyai semua ciri-ciri kabin kayu tetapi dilengkapi dengan bilik air mewah dan kolam air panas di luar kabin.


Honeymoon Turf Chamber

Dibuat secara tradisional menggunakan sejenis kayu yang dinamai “birch” yang telah dibuat kulitnya dan dilapisi oleh satu lapisan “turf” (sejenis rumput). Hasilnya ialaj sebuah bilik yang menawarkan suhu yang suam walaupun dalam cuaca yang ekstrem. Dilengkapi sebuah katil yang selesa, tempat pendiangan api dan bilik air bertemakan Las Vegas. Sauna Finland juga melengkapi bilik ini.


Glass Igloo

Menawarkan peluang untuk melihat keindahan cahaya utara dan bintang-bintang di langit dalam suasana yang selesa. Diperbuat daripada kaca terma yang khas yang memastikan suhu di dalam iglu sentiasa dalam keadaan normal dan selesa. Kaca ini juga tidak akan menjadi putih sekiranya terdapat perbezaan suhu dan sentiasa mengekalkan pemandangan yang jelas walaupun suhu di luar jatuh sehingga -30 °C. Setiap iglu dilengkapi dengan bilik air dan katil yang selesa.


Snow Igloo

Dibina sepenuhnya daripada ais. Suhu di dalam iglu sentiasa berada antara -3 °C hingga -6 °C.


0 komen:

Post a Comment

 
;