Tuesday 3 May 2011

Wonders of The World - Terbaik Buatan Manusia

Machu Picchu, Peru

Machu Picchu terletak di wilayah pergunungan pada ketinggian sekitar 2,350 m diatas permukaan laut. Machu Picchu berada di atas lembah Urubamba di Peru, sekitar 70 km ke barat laut Cusco. Machu Picchu telah dibina oleh Inca lebih 600 tahun dahulu iaitu pada zaman pra-Columbus.





Petra, Jordan

Petra terletak di Ma’an, Jordan dan merupakan sebuah kota bersejarah yang terhasil daripada seni pemotongan batu. Petra terletak di cerun Gunung Hor dalam lembangan antara pergunungan yang mana membentuk sisi timur Arabah (Wadi Araba), lembah besar yang merentang dari Laut Mati ke Teluk Aqaba. Petra telah dipilih sebagai Tujuh Keajaiban Baru Dunia pada tahun 2007 dan Tapak Warisan Dunia sejak tahun 1985. Petra juga dipilih oleh BBC sebagai satu daripada “40 tempat yang anda mesti lihat sebelum mati”.





Colosseum, Rom, Itali

Flavian Amphitheatre atau lebih dikenali sebagai Colosseum merupakan sebuah monumen bersejarah yang terdiri daripada bangunan terbuka separa bulat, berpentas dan mempunyai tempat duduk yang digunakan sebagai tempat pertunjukan pada zaman Rom Kuno. Colosseum merupakan struktur terbesar yang pernah dibina di Empayar Rom. Colosseum terletak di Rom iaitu ibu negara bagi Itali moden.





Tembok Besar China





0 komen:

Post a Comment

 
;