Wednesday 11 May 2011

Notis

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh kepada para pembaca blog ini. Untuk pengetahuan anda semua, mulai saat ini, saya akan menggunakan sedikit elemen HTML5 dalam blog saya ini terutamanya tag 'video'. Oleh itu, diharap kepada anda semua agar mengemaskini pelayar web anda kepada versi yang paling terkini.

Untuk tag 'video', saya akan menggunakan format WEBM. Saya memilih format ini kerana ia merupakan salah satu format sumber terbuka untuk video. Format ini juga disokong oleh kebanyakan pelayar web popular.

Sila rujuk jadual di bawah untuk mengenalpasti keserasian pelayar web anda dengan format video WEBM HTML5:

Pelayar Web Versi
Windows Internet Explorer 9.0 (Perlu dipasang secara manual dari laman web ini)
Mozilla Firefox 4.0
Google Chrome 6.0
Chromium r47759
Opera 10.60
Safari Masih tidak menyokong format WEBM

0 komen:

Post a Comment

 
;