Monday 9 May 2011

Permainan Minda - Bahagian 5

Pinna-Brelstaff Illusion

Lihat pada tanda silang dalam animasi di bawah. Anda akan dapati gelungan-gelungan disekelilingnya berputar sedikit.


Kredit: Michael Bach


Soalan menguji minda

Di bawah ada 4 soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda…..

Soalan Pertama

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?

Soalan Kedua

Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat…?

Soalan Ketiga

Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira.

Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang
campur lagi 1000. Campur lagi 30 ….
Campur lagi 1000 . Campur lagi 20…
Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 …
Berapakah jumlah semua?

Soalan Keempat

Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?

Soalan Bonus

Seorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan menggayakan lakonan memberus gigi dia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan dia berjaya membeli berus gigi itu.
Seterusnya, seorang buta pergi ke mini- market untuk membeli cermin mata hitam. Bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya?

Kredit : Oh! Tidak

Uji Kehebatan Matematik Anda...

Diberi

Jumlah kepala kambing & manusia ialah 20 biji. Jadi jumlah manusia & kambing adalah 20. Ini kerana kambing dan manusia masing-masing hanya mempunyai 1 kepala.

Jumlah kaki manusia & kambing ialah 50.

Berapakah bilangan kambing?


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Jawapan

Soalan Pertama

Tempat kedua kerana sebelum anda memotong orang di tempat kedua itu, anda berada di tempat ketiga.

Soalan Kedua

Adakah logik memotong orang yang berada di tempat yang terakhir?

Soalan Ketiga

Sudah tentu ramai akan jawab 5000. Jawapannya ialah 4100. Syabas kepada sesiapa yang mendapat jawapan 4100.

Soalan Keempat

Mary. Baca penyataan yang diberikan itu betul-betul. Telah dinyatakan "Bapa Mary..."

Soalan Bonus

Cakap sahaja. Orang itu hanya buta tetapi bukannya bisu.

Soalan Matematik

Cara pertama


Cara kedua

Lukiskan 20 kepala mewakili 20 kepala manusia dan kambing


Kemudian lukiskan sepasang kaki bagi setiap kepala yang telah dilukiskan itu tadi


Masih berbaki 5 pasang kaki, lukiskan sepasang kaki tambahan bagi 5 kepala


Sebagaimana kita tahu, manusia ada 2 kaki dan kambing ada 4 kaki. Berdasarkan gambar rajah yang telah kita lukis, ada 5 kepala yang ada 2 pasang kaki. Selebihnya hanya satu pasang kaki. Kesimpulannya, terdapat lima ekor kambing di situ.


0 komen:

Post a Comment

 
;